Pengeluaran Khas KWSP: Apa Maksud Status ‘Permohonan Diterima’. Adakah anda lulus atau sebaliknya?

Spread the love

Blog%20telegram

Sejak pautan semakan status pengeluaran khas dibuka pada tengah malam 9 April
2022, ribuan ahli telah melakukan semakan status bagi permohonan Pengeluaran
Khas KWSP kali ini.


Pengeluaran Khas merupakan program yang diumumkan kerajaan bagi membantu
meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan ekoran pandemik yang telah
melanda negara sejak dua tahun kebelakang.


Sejak semalam terdapat sebilangan besar ahli seakan ‘tidak faham’ ataupun
‘tidak yakin’ akan keputusan semakan status yang dipaparkan.

‘Permohonan Diterima’ Bermaksud Lulus Pengeluaran

Sekiranya hasil semakan status yang anda lakukan memaparkan nama anda serta
teks ‘Permohonan Diterima’, ini bermakna permohonan pengeluaran khas anda
adalah ‘lulus’ dan anda layak untuk menerima pengkreditan amaun pengeluaran
secara one-off pada 20 April 2022.

Contohnya, sekiranya anda memohon amaun RM9,000 semasa permohonan
Pengeluaran Khas, kemudian paparan pada semakan status menyatakan
‘Permohonan Diterima’, ini bermakna anda akan menerima bayaran RM9,000
secara one-off pada 20 April 2022.

Tahniah kami ucapkan!
Semakan%20Pengeluaran%20KWSP


Berita baik kepada semua ahli, semakan status bagi permohonan Pengeluaran
Khas boleh dibuat bermula malam ini 8 April 2022 jam 10 malam. Melalui laman
facebook rasmi KWSP, cara semakan beserta pautan semakan dikongsikan kepada
semua ahli yang memohon.

KWSP juga memberikan informasi bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan
melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk
melakukan semakan. Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan semakan melalui
portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.

Bagaimanakah cara untuk melakukan semakan? Apa yang perlu dibuat sekiranya
LULUS permohonan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya TIDAK LULUS
permohonan? Pada artikel kali ini kami di mingguankerja akan berkongsi
informasi penuh bagi memudahkan proses semakan anda.

Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang turut
memohon pengeluaran khas ini.

Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9
April 2022 melalui:

  • Layari
    http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  • Klik ‘Teruskan’
  • Klik ‘Semakan Status Permohonan’
  • Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
  • Isi No Telefon Bimbit
  • Sahkan Captcha
  • Klik ‘Semak Status’
  • Keputusan Permohonan Dipaparkan
  • Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan
    pada 20 April 2022
  • Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari
    Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000
    ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
  • Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan
    permohonan rayuan selepas 9 April 2022
  • Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
  • Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini:
    http://t.me/semakanMy
  • Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram
    tersebut
  • Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan


UPDATE TERKINI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh
dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan
cap ibu jari. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk
dapatkan lokasinya. -SNS

1 thought on “Pengeluaran Khas KWSP: Apa Maksud Status ‘Permohonan Diterima’. Adakah anda lulus atau sebaliknya?”

Comments are closed.