PERKESO Gesa Individu Yang Masih Mencari Kerja Untuk Daftar Diri di MyFutureJobs Perkeso

Spread the love

Daftar MyFutureJobs Untuk Penganggur dan Graduan.






KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menggesa individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal MyFutureJobs PERKESO.


Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pencari kerja yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PERKESO atau hadir ke pejabat agensi itu di seluruh negara bagi mendapatkan bantuan kaunselor kerjaya.

Sementara bagi majikan pula, beliau beriata, Pegawai Perkhidmatan Majikan PERKESO bersedia memberi sokongan kepada majikan yang memerlukan bantuan seperti mendaftarkan kekosongan jawatan ataupun pengambilan pekerja.

“Majikan yang mempunyai kekosongan jawatan di syarikat masing-masing, boleh mendaftarkan profil mereka di penjanakerjaya.perkeso.gov.my mulai 15 Jun 2020.






“Apabila majikan telah mengambil pekerja melalui program ini, mereka mesti mendaftarkan pekerja-pekerja ini dengan PERKESO untuk caruman wajib.


“Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang diambil di bawah program ini melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk kelulusan bayaran insentif.

“Insentif pengambilan pekerja akan dibayar pada bulan berikutnya setelah caruman PERKESO dibayar, bersama dengan elaun mobiliti untuk pekerja yang layak, yang dibayar kepada pekerja melalui majikan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, majikan hanya perlu memohon insentif untuk setiap pekerja yang diambil bekerja sekali sahaja dan pembayaran insentif pada bulan berikutnya selama enam bulan akan dilakukan secara automatik.




Malah, menurutnya PERKESO kini sedang meneliti peluang berkolaborasi dengan pelbagai Agensi Perkhidmatan Pekerjaan Swasta untuk meningkatkan prospek pekerjaan untuk pencari kerja dan penganggur.


Sumber: Astro Awani