[Terkini] Bantuan Khas RM600 Untuk Individu Tidak Bekerja

Spread the love

AVvXsEi3CzhIn21AvgCguf85gw9xhV63rbUPxLjqUyB8X1OQ 0SCFn betjmkJOlIRbPTyusXeBCJDvBaz1CZu5hypuQ wpmvPGLInkwtpqcT5rqm08f29FpehKYlChk8NRubNtwgQm5KAAxnu99JIOqV914W ZMKJHEseiWvrAtFN2MME241dLIMPmJb3 =s16000

Untuk pengetahuan pembaca, KerjayaGig adalah sebuah bantuan yang disalurkan
oleh kerajaan beberapa jenis individu yang layak. Insentif atau bantuan ini
telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada Bajet 2021 dan telah dilaksanakan
pada pertengahan tahun ini.



APA ITU PROGRAM KERJAYAGIG

Objektif utama Program Kerjaya Gig adalah untuk memperluaskan skop insentif
Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu yang
kehilangan pekerjaan atau penganggur dari golongan rendah.

Selain itu, objektif lainnya ialah
  • memindahkan semula tenaga kerjaya yang tidak digunakan sepenuhnya dan
    yang sedang menerima cuti tanpa gaji kepada KerjayaGig
  • serta menggalakkan individu mengambil peluang pekerjaan tidak
    formal

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan mula dibuka pada
  • 15 Julai sehingga 31 Disember 2021 ini.

JUMLAH BANTUAN

Berikut ialah jumlah bayaran untuk program ini secara terperinci
  • Bayaran bulanan sebanyak RM 600 akan diberikan kepada individu yang
    layak
  • Pembayaran akan diberikan RM 600 setiap bulan selama 6 bulan
  • Pemberian bayaran bulanan ini diberikan selagi mana mereka terlibat
    dengan program KerjayaGig ini

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan :
  • Individu yang kehilangna pekerjaan haruslah berdaftar dengan
    PERKESO
  • Pencari kerja daripada golongan rentan seperti Orang Kurang Upaya
    (OKU), peserta Return To Work PERKESO, gelandangan, ibu tunggal, ketua
    keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, bekas
    penagih dadah, bekas banduan, Orang Diparol (ODP) dan lain-lain
  • Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun
    diberikan notis cuti tanpa gaji
  • Semua yang layak haruslah berumur 18 tahun sehingga 60 tahun
    sahaja

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan :

1. Anda perlu log masuk ke laman web MyFutureJobd dan mohon pekerjaan yang
tersenarai di bawah kategori pekerjaan sendiri
https://www.myfuturejobs.gov.my

2. Selepas berjaya mengambil pekerja, majikan perlu mendaftarkan Orang
Bekerja Sendiri yang berjaya melalui laman web PERKESO untuk insentif RM
600
https://www.perkeso.gov.my


SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan insentif
tersebut
  • Borang Pengesahan Pekerjaan yang ditandatangani oleh individu bekerja
    sendiri
  • Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri
  • Surat atau dokumen berkaitan serta bukti yang dikeluarkan oleh majikan
    terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji
  • E-mel pengesahan daripada operator untuk mengesahkan status
    pekerjaan

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh hubungi pada talian
hotline
  • 1 300 22 8000 / 03 8091 5300

1 thought on “[Terkini] Bantuan Khas RM600 Untuk Individu Tidak Bekerja”

  1. Mengenai BKC Fasa2 bujang bantuan rm300. . Sy da semak tapi belum ada record yg telah di credit kan ke bank penerima. Kenapa yer. . Dari BKC Fasa2 .kini da fasa3 . Masih belum dapat . Harap pehak kerajaan buat semakan kemungkinan ada yg tercicir

Comments are closed.