Apa Itu Mybayar Saman? Ketahui Cara Daftar & Login Untuk Dapatkan Diskaun Saman Segera!

Spread the love

AVvXsEgaxttiIKG kx46tR3OwAvrVm57 XiqtO rVAglIapoyliIhUqeDrt7qiomxBAGI28w AyXuth9x8FJpnZjATZY3IBeIFdx0cY8BW2NEVOeBRl 6GClhlmKJPJLJJUwjdMzdLRYuetEn5n1X0u9 14pNnb

Cara Daftar Mybayar Saman dan Login mybayar.rmp.gov.my selepas register
mysaman secara online untuk bayar saman dengan cepat dan mudah



Berbeza dengan cara terdahulu, seperti cara konvensional. Anda terpaksa
hadir ke kaunter bayaran balai polis trafik terdekat untuk melangsaikan
saman anda. Ataupun perlu menggunakan pihak ketiga seperti myeg contohnya
untuk bayar saman secara online.


Sekarang tidak lagi. Pihak polis diraja Malaysia PDRM / Royal Malaysia
Police (RMP) baru sahaja memperkenalkan sistem online untuk bayar saman
yang dinamakan “Mybayar Saman” yang mana untuk memudahkan pesalah trafik
untuk bayar secara online.

Sistem “Mybayar Saman” ini ditubuhkan selari dengan keinginan kerajaan
untuk mendigitalkan sistem kerajaan dengan tujuan melancarkan urusan
transaksi tunai seiring dengan perkembangan pesat internet dan ICT yang
berlaku dalam Malaysia hari ini.

CARA DAFTAR MYBAYAR SAMAN

1) Anda perlu memasukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap sebagai
contoh memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda yang
sah.

2) Kemudian, anda akan diminta memasukan nombor OTP yang telah dihantar
ke nombor telefon yang anda daftarkan dalam sistem online tersebut.

3) Seterusnya, sila isi katalaluan yang anda ingin gunakana. Pastikan
katalaluan yang anda akan guna adalah unik dan sukar untuk dimasuki oleh
pihak lain.

4) Akhir sekali, jika proses pendaftaran tidak mempunyai sebarang
masalah, anda akan dimaklumkan bahawa proses pendaftaran anda “TELAH
BERJAYA” dan anda dibenarkan untuk daftar masuk sistem online ini
semula.

_______________________________________________________________________________________________

Anda Mungkin Berminat Pada Artikel Ini

_______________________________________________________________________________________________

CARA LOGIN MYBAYAR SAMAN

Sila isi nombor kad pengenalan / no ic / nombor mykad ataupun nombor
pendaftaran syarikat berserta password pada ruangan yang berkaitan untuk
daftar masuk sistem Mybayar Saman.

PERKARA LINK PAUTAN
Cara login masuk sistem mybayar saman online https://mybayar.rmp.gov.my login masuk
Rajah di bawah menunjukkan reaksi salah seorang pesalah trafik yang telah
berjaya bayar saman secara online melalui sistem “Mybayar Saman” dengan
hanya bayar berserta diskaun yang cukup memuaskan!

mybayar saman.rmp .gov .mymy bayar saman pdrm



ANDA MEMPUNYAI MASALAH DENGAN SISTEM MYBAYAR SAMAN?

mysaman

Jika
anda ada menghadapi sebarang masalah dan kesulitan semasa menggunakan
sistem online boleh terus berhubung dengan Cawangan Pengurusan Saman PDRM
di nombor talian / contact, 03-2266 3346 / 03-22663347

Soalan Lazim & FAQ

1) Adakah foreigner boleh guna sistem saman ini?
Tidak boleh

2) Saya lupa password / kata laluan
Tiada masalah boleh terus tekan forgot password untuk reset semua kata
laluan anda

3) Berapa lama status saman akan sistem kemaskini selepas bayaran
dibuat?
Sistem akan kemaskinikan serta merta

4) Adakah ada caj bayaran semasa bayar guna sistem online ini?
Tiada. Free dan percuma

5) Boleh bayar guna kad kredit / credit card?
Boleh. Dipersilakan

Semoga dengan ada kemudahan sistem online mybayar saman ini memudahkan
pesalah trafik untuk membayar sekaligus mengurangkan tunggakan.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family
Anda! Semoga Bermanfaat!