Bantuan Suri Rumah ini merupakan bantuan insentif khas kerajaan sehingga RM300 melalui i-Suri KWSP untuk setiap akaun caruman.
Ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Berikut dikongsikan syarat kelayakan, faedah dan cara untuk membuat permohonan i-Suri.
Bantuan Suri Rumah (Insentif i-Suri KWSP)
i-Suri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang.
Ahli KWSP yang layak akan menerima insentif khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau telah mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.
Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP.
Faedah Bantuan Suri Rumah i-Suri KWSP 2024
Berikut adalah faedah i-Suri KWSP:
Insentif Khas | – Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga maksimum RM300 dalam tahun semasa – Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun (mana yang terdahulu) – Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan |
Dividen Tahunan | – Menikmati dividen tahun di atas simpanan persaraan anda |
Bantuan Kematian | – Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP |
Pelepasan Cukai | – Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP |
Syarat Kelayakan Bantuan Suri Rumah i-Suri KWSP
Berikut dikongsikan syarat kelayakan bantuan suri rumah:
- Warganegara Malaysia
- Ahli KWSP
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam eKasih
Kadar Caruman Minimum
Tiada caruman minimum untuk i-Suri 2024. Namun begitu, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan untuk melayakkan ahli menerima insentif khas maksimum tahun sebanyak RM300.
Rujuk jadual di bawah:
Cara Daftar Bantuan Suri Rumah i-Suri 2024
Pendaftaran boleh dilakukan dengan seperti berikut:
- Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan malumat data eKasih
- Pendaftaran kendiri melalui:
- Aplikasi KWSP i-Akaun
- Secara dalam talian d laman web KWSP
- Pendaftaran di Self Service Terminal (SST)
- Hadir ke pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan / i-Suri [KWSP 16G (M)]
Laman Web KWSP | Pejabat KWSP | Self Service Terminal (SST) | KWSP i-Akaun |
Pendaftaran i-Saraan Dalam Talian | Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan / i-Suri – KWSP 16G (M) MyKad | Pendaftaran i-Suri di SST (Rujuk Lokasi SST) MyKad | Pendaftaran i-Saraan / i-Suri melalui aplikasi KWSP i-Akaun |
Dokumen yang diperlukan untuk membuat pendaftaran:
- Mykad
- Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Cara Pembayaran
Pembayaran boleh dibuat melalui saluran berikut:
- Aplikasi mudah alih – KWSP i-Akaun
- Perbankan internet
- Kaunter ejen bank – BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank
- Ejen bank berdaftar – (EB) BSN
- Bayaran secara tunai (maksimum RM500)/ cek / draf bank / kiriman wang / wang pos bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP
- Bayaran secara kad debit melalui Mobile Team (MT) dan pejabat KWSP
Maklumat Lanjut Bantuan Suri Rumah
Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.
Sebarang pertanyaan berhubung sistem eKasih, boleh rujuk Portal ICU, Jabatan Perdana Menteri. (https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx).
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”